Mercu tanda Botany_Bay

Monumen di La Perouse.

Lapangan Terbang Sydney, lapangan terbang paling sibuk di Australia, terletak di sebelah barat laut Botany Bay. Tanah telah ditambak dari teluk untuk memanjangkan landasan utara-selatan yang pertama dan membina landasan kedua untuk selari dengannya.

Terminal kontena pertama di Pelabuhan Botany, di sebelah timur lapangan terbang, telah siap dibina dalam tahun 1970-an, dan merupakan terminal kontena yang terbesar di Sydney. Terminal kontena kedua telah siap dibina dalam tahun 1980-an dan kemudahan penyimpanan cecair pukal juga terletak di bahagian utara dan selatan teluk itu. Terminal kontena ketiga telah disiapkan pada tahun 2011 dan dijadual beroperasi pada 2013. Sekarang yang keempat sedang diwujudkan di Sydney. Terminal ini akan dibina sebagai terminal terbesar, mengatasi terminal yang pertama dibina pada 1970-an.

Tanah di sekitar tanjung teluk dilindungi oleh Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar sebagai Taman Negara Botany Bay. Pada sebelah utara muara teluk itu ialah tapak bersejarah La Perouse, dan ke selatan ialah Kurnell. Walaupun agak terasing, pantai selatan teluk itu dikuasai oleh campuran luar biasa taman negara yang bersih dan perindustrian berat yang termasuk Loji Penyahgaraman Kurnell, Penapisan Minyak Caltex, rawatan pembetung, dan kemudahan perlombongan pasir bersejarah.[10] Di sebelah selatan teluk itu, sebahagian daripada air telah dipagari di bawah kuasa Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar di Towra Point untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar.

Pantai barat teluk itu mempunyai banyak pantai renang popular termasuk Brighton-Le-Sands dan maju dengan perbandaran.

Rujukan

WikiPedia: Botany_Bay http://www.botanybaywatch.com.au/ http://www.botanybaywatch.com.au/pmwiki/pmwiki.php... http://www.botanybay.nsw.gov.au/index.php/your-cit... http://sydney.cma.nsw.gov.au/index.php?option=com_... http://www.environment.nsw.gov.au/estuaries/stats/... http://www.environment.nsw.gov.au/ieo/GeorgesRiver... http://www.gnb.nsw.gov.au/place_naming/placename_s... http://www.davidrumsey.com/luna/servlet/detail/RUM... http://www.irishexaminer.com/lifestyle/features/wh... http://www.lekti-ecriture.com/editeurs/Expedition-...